Sunday, November 8, 2009

POLITIK NIKAH KAHWIN PAS

Pengakuan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad tentang wujudnya bai'ah atau sumpah menceraikan isteri dengan talak tiga sekiranya ada wakil rakyat Pas berhenti atau keluar parti, agak menggemparkan.

Walaupun cakap-cakap mengenai perkara itu sudah kedengaran ketika isu lompat parti hangat diperkatakan selepas Pilihan Raya Umum Ke-12, ia masih tinggal sebagai desas-desus kerana pemimpin Pas mengunci mulut.

Maka apabila Khalid membuat pengakuan itu, ia membongkarkan apa yang sudah membuak-buak tersimpan sebagai rahsia yang menanti pecah. Awang percaya pendedahan itu bukan sahaja mengejutkan orang ramai malah di kalangan para pemimpin dan ahli parti itu sendiri.

Pelbagai pihak termasuk ulama seperti Mufti Perak, Harussani Zakaria dan Profesor Dr. Mahmood Zuhdi serta badan bukan kerajaan (NGO) Islam membantah bai'ah tersebut yang bercanggah dengan amalan dan nilai Islam sebenar. Beberapa pemimpin pembangkang terutama DAP dan Kelab Penyokong Pas turut mempersoalkannya. Asas bantahan semua pihak cukup jelas iaitu isteri dan perkahwinan yang dilihat mulia tidak sepatutnya menjadi bahan pertaruhan hanya kerana politik.

Persoalannya mengapa sampai ke tahap itu pemikiran pemimpin Pas yang mencampurkan urusan parti dan perkahwinan? Mengapa wanita dijadikan mangsa kejahilan? Kita bukan berada di zaman jahiliah. Sesungguhnya kita tidak terkejut dengan bai'ah seperti itu kerana Pas untuk sekian lamanya sanggup lakukan apa sahaja demi kepentingan politik berbanding kepentingan Islam.

Ia jelas memperlihatkan budaya politik yang rendah pada parti itu selain kurang keyakinan dalam mengurus barisan wakil rakyatnya. Kita percaya tiada parti politik dalam dunia termasuk yang menggunakan label Islam mengadakan bai'ah menceraikan isteri talak tiga (yang tidak boleh dirujuk semula kecuali Cina buta).

Rasanya juga tiada parti politik termasuk di negara mundur seperti di benua Afrika, yang wakil-wakil rakyatnya akan membenarkan diri terikat dengan sumpah seumpama itu yang tidak munasabah, bercanggah dengan semangat demokrasi, keadilan dan kebebasan jiwa yang merupakan prinsip Islam. Pas perlu ada keyakinan, ia bukan Parti Ajaran Sesat sebagaimana Ayah Pin yang mengubahsuai agama untuk kepentingan dan keseronokan diri. (Mungkin Ayah Pin pun tidak tergamak adakan bai'ah itu).

Bagaimana jika kepimpinan Pas melakukan perkara yang bercanggah dengan Islam, kezaliman, kejahilan dan segala macam eksploitasi serta kelemahan memudaratkan tetapi enggan membetulkannya, apakah wakil rakyat Pas akan terus bersubahat dan tidak berani bertindak keluar parti?

Menurut Khalid, bai'ah tersebut bagi mengelakkan pengkhianatan, tetapi mengapa isteri yang menjadi galang ganti? Tidakkah ia bersifat ugutan yang melampau. Kalau begitu, mana-mana wanita yang berkahwin dan bakal berkahwin dengan aktivis politik Pas perlu berhati-hati dan bersedia dari sekarang kerana anda mungkin terjebak menjadi mangsa sumpah politik. Jika keadaan ini dibiarkan, kita tidak terkejut jika selepas ini, akan ada bai'ah lain seperti murtad seisi keluarga jika keluar parti.

Sekali lagi, ia membuktikan Pas mempergunakan agama demi kepentingan dan muslihat politik. Kita melihat ini sebagai ketaksuban berparti yang akan terus meletakkan Pas sebagai parti ekstrem. Sebab itulah, Pas sukar memberikan impak dalam politik nasional. Parti itu juga selalu melepaskan kesempatan terbaik untuk mengamalkan kesederhanaan dalam pendekatannya sebagaimana amalan Nabi Muhammad SAW. Belum terlewat untuk kembali ke pangkal jalan dengan membatalkan bai'ah tersebut. Persoalannya apakah Pas bersedia melakukannya sambil mengakui kesilapan?

Yang Menariknya : Muslimat Pas pertahan bai'ah

Agak menarik kerana dalam para pemimpin PAS menafikannya, Dewan Muslimat Pas hari ini mempertahankan amalan bai'ah atau sumpah taat setia talak tiga terhadap isteri wakil rakyat parti itu yang melompat parti. Selain membela wanita, Dewan Muslimat turut menyifatkan amalan bai'ah itu dapat menguatkan azam pemimpin Pas yang menang pilihan raya untuk terus komited kepada perjuangan parti.

Komen : Pelik tapi benar kerana Ustaz Hadi pun tak mengaku ada perkara seperti ini ( bai'ah ) ada didalam PAS? Apa lagi yang pemimpin PAS hendak temberang mengenai Bai'ah...Husam Musa sendiri berkata yang perjuangan negara Islam hanyalah ideslisma sahaja manakala bekas MB Perak Nizar pula mancabar ahli dewan DUN Perak supaya ditunjukkan bukti yang PAS hendak menegakkan negara Islam? Jadi apa sebenarnya yang PAS perjuangkan? Adakah kerana semata-mata hendak berkuasa, agama di pergunakan. PAS menipu pengikut-pengikutnya dengan menggunakan undang-undang ALONG supaya ahli mereka yang terjebak tidak dapat melarikan diri lagi. MasyaAllah.

Suara Politik
Taminsari

Read more...

Friday, November 6, 2009

HADI DAH TAK "STIM" - AZIZ BARI

"Dia sudang hilang stim. Sebahagian daripada tindak-tanduknya tidak datang daripada dia atau cuma disuap dalam mulutnya. Contoh yang paling jelas, (idea) kerajaan perpaduan" - Aziz Bari (Kaki Bodek Nik Aziz)

DES : Semua orang adalah liabiliti pada PAS katanya...Nanti PAS boleh lantik Aziz Bari jadi Presiden, kita rombak semuanya!

Stim? Hushh!

Read more...

POLITIK MASAM OLEH HUSAM

Berkaitan dengan kebebalan Husam untuk menolak wang ehsan minyak yang bakal disumbangkan oleh kerajaan Persekutuan jelas menunjukkan beliau sedang menggunakan pendekatan politik murahan.

Kerajaan negeri Kelantan pada dasarnya pernah memohon wang tersebut kepada Kerajaan Persekutuan, tetapi berikutan dengan pertindihan yang berlaku ianya tidak bayar-bayar kepada rakyat Kelantan.

Namun setelah Najib mengambil tampuk pemerintahan Negara, perkara ini telah dapat diselesaikan dan bertepatan dengan slogan Rakya didahulukan, Najib tidak melengah-lengahkan lagi untuk membuat pembayaran tersebut. Kalau boleh, wang tersebut diedarkan dengan seberapa segera untuk keperluan rakyat Kelantan.

Masalah timbul, apabila Husam mempergunakan kemahiran politik murahan beliau untuk melengah-lengahkan pemberian wang tersebut kepada akyat Kelantan. Mengapa terjadi demikian?

Salah satu sebab yang diciptakan ole Husam sendiri adalah wang tersebut bukan royalti. Itu sebab yang kononnya bersandarkan kepada fakta yang diukurnya sendiri. Sebab paling utama adalah kerana Husam tidak menyangka bahawa Najib akan membayar wang tersebut sepantas ini. Husam fikirkan perkara-perkara sebegini akan dilewat-lewatkan oleh Kerajaan Barisan Nasional.

Kalau boleh, isu ini diharapkan akan berlanjutan hingga ke PRU13. Maka mudahlah pemimpin-pemimpin PAS di Kelantan berkokok di pentas-pentas kempen PRU ke 13 nanti. Caturan Husam tidak mengena, Najib lebih mendahului beliau dengan mengumumkan pembayaran wang ehsan tersebut.

Husam mula mengatur langkah semula dengan cuba melengah-lengahkan pembayaran wang tersebut dengan tidak mengiktiraf pemberian tersebut sebagai wang ehsan. Jika wang tersebut diterima, maka persepsi rakyat Kelantan mungkin akan sedikit teranjak melihatkan kesungguhan kerajaan Pesekutuan dalam memenuhi tuntutan mereka.

Itulah sebabnya Husam mengelak dengan pelbagai alasan murahan beliau. Rakyat di bawah tidak dipedulikan yang penting, agenda mengekalkan kuasa di Kelantan harus dilaksanakan. PRU13 akan menyaksikan PAS goyah jika wang ehsan tersebut diterima oleh Kerajaan Negeri.

Permainan politik Husam memang busuk...menyusahkan rakyat yang ternanti-nanti!

Read more...

MAKNA PRESIDEN DALAM PARTI-PARTI PEMBANGKANG...

Des : Tak ada maknanya!

Semunya tak reti nak buat keputusan, bila buat keputusan, takut-takut kena terjah dek penasihat...paling teruk Presiden PKR, mungkin atas hubungan suami isteri, diam ajer la... walaupun krisis parti dah nak lingkup! Presiden PAS....ikut ajer la...haru biru parti lagi ada la!

Read more...

ZAID IBRAHIM YANG "DIPERGUNAKAN"

Tan Sri Khalid kata Zaid Ibrahim digunakan untuk mencari dan melaksanakan ‘titik persamaan’ supaya gabungan tiga parti dalam PR iaitu PKR, Pas dan DAP dibawah satu lambang menjadi kenyataan.

Tian Chua pulak kata Zaid hanya digunakan sebagai satu nama untuk memohon sebuah entiti baru iaitu PR sebagai sebuah badan yang sah.

DES : Dah macam anjing pulak, guna itu untuk ini, guna ini untuk itu, guna untuk mengesan mayat, guna untuk mengesan dadah, guna untuk mengawal rumah...

Read more...
Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

SUBSCRIBE PILIHAN ANDA

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Subscribe to BERANI MEMBUAT PILIHAN... by Email

KAMI BERANI MEMBUAT PILIHAN

PERANTAU

TAJUK BERKAITAN

PENAFIAN / DISCLAIMER

© 2009 Desperado, Hakcipta Terpelihara. Semua tulisan, pendapat, komen dan foto yang ada di blog ini adalah kepunyaan PENULIS melainkan dinyatakan sebaliknya dan bukan merupakan pandangan profesional mana-mana klien, organisasi atau syarikat di mana PENULIS telah atau sedang berkhidmat atau menjadi salah seorang anggota. PENULIS tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi daripada blog ini.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP